Monday 24 August 2015

Pembedahan Plastik Dalam Islam


PEMBEDAHAN kosmetik atau pembedahan plastik terbahagi kepada dua:
i. Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi.
ii. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak nafsu.
Hukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada niat dan tujuan ia dilakukan.

 

 

Diwajibkan
Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.

 
Diharuskan
Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.

Diharamkan
Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya.
 
Nas mengharamkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:
"Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:
“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).
“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.
Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)
Terdapat juga hadis menyebut:
“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)



Larangan Yang Terdapat Dalam Hadis.


1- Membuat Tatu



Tatu ialah membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal seperti muka, lengan dan belakang. Ia dibuat dengan menggunakan warna-warna tertentu dengan menusuk-nusuk jarum pada anggota badan.perbuatan ini adalah haram dan dilaknat oleh Allah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi :


عن ابن عمر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لعن الواصلة والمستوصلة والواشمة والواشرة والمستوشرة

(متفق عليه)

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung dan yang meminta disambung rambutnya, perempuan yang membuat tatu, yang mengasah gigi dan yang meminta diasah giginya.


2- Menjarangkan gigi

Termasuk perbuatan yang dilarang dalam hadith ialah menjarangkan gigi atau mengasah gigi. Perbuatan jni dilarang kerana ia mempunyai unsur penipuan dan menghias diri yang berlebihan. Walaubagaimanapun, terdapat pengubahan yang diharuskan seperti memperbaiki gigi yang rosak, sumbing dan sebagainya, yang bertujuan untuk perubatan dan pemulihan.

3- Mencukur alis

Amalan mencukur alis, mencabut atau menghilangkannya dengan apa cara sekelipun adalah haram dan termasuk dalam perkara yang dilaknat oleh Allah dalam hadith.

Perkara-perkara Yang Termasuk Mengubah Ciptaan Allah

1- Menyambung rambut

Antara cara yang dilakukan oleh kaum wanita untuk menghias diri ialah menyambung rambut. Mereka menggunakan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala. Perbuatan ini diharamkan oleh Allah s.w.t sama ada wanita itu sendiri yang melakukannya atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam dan juru solek. Perbuatan menyambung rambut ini haram kerana ia mengandungi unsur-unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah. Termasuk dalam larangan menyambung rambut ialah perbuatan menanam rambut di kepala, memakai rambut palsu dan termasuk cara-cara lain yang dilakukan oleh sesetengah orang pada zaman sekarang.


2- Mewarna rambut

Mewarna rambut ialah mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan-bahan yang tertentu. Perbuatan mewarna rambut pada asalnya diharuskan dalam Islam. Antara bahan-bahan yang diharuskan ialah inai dan katama. Penggunaan bahan-bahan pewarna dan pencelup yang berleluasa sekarang dalam masyarakat perlulah diambil perhatian yang sewajarnya. Bahan-bahan yang digunakan mestilah suci dan halal dan tidak menghalang air dari sampai ke rambut apabila mengangkat hadas besar.

عن أبي ذر رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ....ان أحسن ما غيرتم به الشيب : الحناء والكتم

(رواه الترمذى وأصحاب السنن)


Maksudnya: Daripada Abu Dzar r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah inai dan katama( sejenis tumbuhan yang mengeluarkan getah berwarna hitam. Ia boleh digunakan untuk mencelup rambut dan membuat dakwat.)


3- Mengubah anggota badanAllah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).
(Surah at-Tiin :4)

Manusia perlu bersyukur di atas anugerah kejadian yang sempurna. Antara tanda bersyukur ialah tidak mengubah suai bentuk mana-mana anggota tubuh dengan berbagai cara. Antara cara tersebut ialah melakukan pembedahan dan pemindahan anggota badan.

Islam menharamkan sebarang usaha pengubahsuaian anggota badan terutamanya yang dilakukan semata-mata untuk kecantikan. Walaubagaimanapun pembedahan untuk memulihkan kecacatan atau menggantikan anggota yang tidak berfungsi adalah harus, antaranya:

3.1- Pemindahan organ
i. Memindahkan anggota badan manusia yang diambil daripada orang yang hidup atau mati seperti pembedahan pemindahan mata, jantung dan buah pinggang kepada orang yang memerlukannya.

Menurut fatua Sheikh Al-Hasanin Makhluf, bekas Mufti Mesir, pembedahan ini diharuskan dengan beberapa syarat:

- Dipastikan dahulu tentang kematian orang yang menghadiahkan anggotanya oleh doctor yang amanah.
- Yakin tentang kejayaan pemindahan tersebut dan tidak berdasarkan sangkaan sahaja
- Benar-benar berada dalam suasana darurat
- Pembedahan dan pemindahan dilakukan dengan penuh telita, cermat dan berhati-hati.
- Mendapat keizinan ahli waris

ii. Pembedahan pemindahan anggota manusia yang diambil dari binatang yang ada persamaan dengan manusia seperti monyet ( cimpanzi). Hukumnya adalah di haruskan dalam Islam, kerana tidak ada dalia yang jelas tentang pengharamannya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya
( Surah Al-Jaathiah: 13)


Pengertian 'sakhhara' dalam ayat bermaksud kemudahan dan faedah untuk manusia. Allah menjadikan apa yang ada di langit dan di bumi untuk kemudahan dan faedah bagi manusia. Apa-apa yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada manusia termasuk pembedahan adalah diharuskan walaupun dari anggota binatang kecuali anjing dan babi.

3.2- Pembedahan plastik

i. Harus dengan tujuan perubatan dan pemulihan seperti mengambil kulit peha untuk menutupi kulit muka yang terbakar, kulit kepala menggantikan bibir mulut yang rosak dan sebagainya.
ii. Haram dengan tujuan kecantikan semata-mata.


4. Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknyaAntara perkara yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Allah menciptakan manusia samada lelaki dan perempuan untuk saling melengkapkan diantara satu sama lain. Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan rahsia yang kadang-kadang tidak dapat diketahui oleh ilmu dan akal manusia yang terbatas. Perbuatan yang keji dan tidak bertamadun ini berlaku secara berleluasa dalam masyarakat hari ini tanpa segan silu. Antara hadith Rasulullah s.a.w yang melarang dan melaknat perbuatan yang keji ini ialah:

عن ابن عباس رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعن الله المخنثين من الرجال والمترجلات من النساء
(رواه البخاري)


Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w, Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki.

KAEDAH MENGISTINBATKAN HUKUMUlama’ mengistinbatkan hukum haram membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu, mencukur alis, menjarangkan gigi untuk kecantikan dan yang mengubah ciptaan Allah berdasarkan kepada perkataan “لعن” dalam hadith Ibnu Abbas. Perkataan “لعن” membawa maksud laknat, iaitu Allah melaknat dan melarang perbuatan tersebut degan larangan yang pasti. Ia membawa hukum haram melakukannya.

Termasuk di dalam hukum haram dan perbuatan yang dilaknat ialah perbuatan menyambung rambut, mewarnakannya dengan bahan yang najis, pembedahan plastik atau organ yang dilakukan untuk kecantikan semata-mata dan lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya. Semua perbuatan tersebut adalah haram dilakukan kerana termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah seperti yang dijelaskan oleh hadith.


HIKMAH LARANGAN

1. Mengubah kejadian Allah yang asal
2. Meahirkan perasaan sombong dan takabur
3. Tidak mensyukuri nikmat Allah
4. Terdapat unsur penipuan dan kepalsuan
5. Menyerupai amalan orang kafir
6. Menjejaskan kesihatan dan memudaratkan anggota tubuh
7. Bukan budaya hidup Islam

PENGUBAHAN YANG DIBENARKAN1. Memakai inai dengan tujuan berubat hukumnya adalah sunat
2. Pembedahan mata untuk memulihkan penglihatan
3. Pembedahan jantung bertujuan untuk menyelamatkan nyawa
4. Pembedahan buah pinggang untuk mengembalikan proses perkumuhan
5. Membaiki gigi yang rosak sama ada menanam, menyamakan, dan sebagainya untuk keselesaan.

PENGUBAHAN YANG DI HARAMKAN1. Pembedahan plastik untuk kecantikan semata-mata
2. Mengubah jantina
3. Mencabut atau mencukur bulu kening
4. Membesarkan payu dara
5. Memakai susuk.

PENGHAYATAN

1. Sentiasa bersyukur dan menghargai ciptaan Allah.
2. Sentiasa redha dengan kejadian diri
3. Sentiasa yakin bahawa Allah sebaik-baik Pencipta
4. Sentiasa menjauhkan diri dari sifat sombong dan takabur.

2 comments:

  1. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni untuk pesakit kanser

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya.

    3)Pengasas jus ni dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser, ade ramai yg dh sembuh.


    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab sentiasa nampak cergas.Asbab jus yang memberi tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa,sekarang sudah sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi setiap kali batuk teruk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    5) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 yg lain

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    ReplyDelete
  2. Best Casino Online for US Players - JTHub
    Best Casino Online for US Players. Our 서산 출장마사지 casino 수원 출장안마 offers games, promotions, 서산 출장샵 and tournaments. You can find your favorite casino 제주 출장마사지 here. Learn 다파벳 more

    ReplyDelete